AGENSI

Langsai bil utiliti, tambah nilai kad prabayar guna CEPaT 2.0

2 Dis 2020, 9:32 AM
Langsai bil utiliti, tambah nilai kad prabayar guna CEPaT 2.0
Langsai bil utiliti, tambah nilai kad prabayar guna CEPaT 2.0

SHAH ALAM, 2 DIS: Pengguna boleh memuat turun aplikasi tanpa tunai ‘Citizen E-Payment Platform’ (CEPaT) versi 2.0 yang menyediakan pelbagai pekhidmatan mulai bulan ini.

Pengarah urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) berkata versi baharu meliputi permohonan lesen, bayaran bil utiliti serta tambah nilai kad prabayar.

Dr Fahmi Ngah menjelaskan perkhidmatan tersebut turut dilengkapi 'Scan to Ride' untuk memudahkan warga asing membuat bayaran ketika menaiki Bas Smart Selangor.

"Usaha menambah baik aplikasi seiring sasaran memastikan perkhidmatan berbayar Kerajaan Negeri dibuat dalam platform ini menjelang 2022," katanya memaklumkan aplikasi itu digunakan lapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

CEpat yang diperkenal pada 21 Ogos 2019 menggunakan teknologi awanan berasaskan 'cloud' bagi memastikan ia selamat diakses pengguna.

Aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan App Store bermula 1 Oktober 2019 turut menawarkan kemudahan bayaran cukai taksiran, kompaun, dan parkir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619