EXCO

6,000 pelajar DUN Paya Jaras bakal terima bantuan Kembali Ke Sekolah

2 Dis 2020, 4:34 AM
6,000 pelajar DUN Paya Jaras bakal terima bantuan Kembali Ke Sekolah

SHAH ALAM, 2 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menyediakan bantuan kelengkapan persekolahan kepada 6,000 pelajar sempena program Kembali ke Sekolah sesi 2021.

Wakil rakyatnya Mohd Khairuddin Othman berkata bantuan berjumlah RM600,000 disasarkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Beliau menjelaskan agihan peringkat pertama melibatkan seramai 3,000 pelajar, sementara baki akan diserahkan awal tahun hadapan.

"Seramai 350 pelajar menerima bantuan setakat November meliputi persalinan baju sekolah dan beg. Permohonan dibuka sehingga hujung bulan ini," katanya kepada SelangorKini.

Mohd Khairuddin memaklumkan permohonan boleh dibuat di pejabatnya dengan kriteria utama ibu bapa dibuang atau tidak bekerja dan ibu tunggal yang mempunyai anak masih bersekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619