AGENDA

Kerajaan Negeri rangka empat langkah jangka pendek atasi air tercemar

2 Dis 2020, 3:50 AM
Kerajaan Negeri rangka empat langkah jangka pendek atasi air tercemar
Kerajaan Negeri rangka empat langkah jangka pendek atasi air tercemar

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi pencemaran sumber air.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata insiatif tersebut dirangka untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati bekalan air secara berterusan.

"SJAM menggariskan empat langkah iaitu rawatan awal di kolam rawatan, pemantauan dan pengawasan, pembinaan infrastruktur pengepaman terus dari kolam takungan Sungai Selangor serta penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Pindaan 2020," katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada 26 November, EXCO infrastruktur berkata Sungai Gong dijadikan projek rintis penggunaan teknologi nano yang bertindak merawat sungai tercemar.

Ir Izham Hashim berkata projek melalui skim itu bakal diluaskan ke Sungai Sembah dan Sungai Semenyih dalam usaha mengekang pencemaran sumber air.

Menurutnya, sistem hasil gabungan teknologi dari Amerika Syarikat dengan tempatan itu akan menghapuskan bau, minyak, gris, logam berat, pepejal terampai dan terlarut dalam pencemaran selain memastikan kelangsungan hidupan akuatik.

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM200 juta bagi membendung masalah pencemaran air menerusi empat projek dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619