AGENSI

LZS salur bantuan kecemasan kepada pesakit bisul kronik

2 Dis 2020, 3:03 AM
LZS salur bantuan kecemasan kepada pesakit bisul kronik

SHAH ALAM, 2 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam memberi sumbangan kecemasan kepada seorang penghidap bisul kronik di Kampung Sungai Sembilang Jeram, Kuala Selangor.

Bantuan diserahkan Ketua Penolong Amil Kariah Kamaruddin A. Rahman kepada Fadly Shah Mohd Kamal yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan Fadly yang tidak lagi mampu bekerja perlu hadir ke Klinik Kesihatan Jeram setiap hari untuk mencuci luka.

"Isteri beliau pula berniaga gerai makanan secara kecil-kecilan di Tanjung Karang selain perlu menyara seorang anak berusia lima tahun," kata LZS.

Pada masa sama, agensi itu turut meluluskan bantuan kewangan dan makanan bulanan untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga tersebut.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619