AGENDA

Perubahan intipati belanjawan dorong PAKATAN sokong - Anwar

29 Nov 2020, 3:11 PM
Perubahan intipati belanjawan dorong PAKATAN sokong - Anwar

SHAH ALAM, 29 NOV: Pakatan Harapan (PAKATAN) menyifatkan beberapa pindaan dan pemberian tambahan diumum kerajaan dalam Belanjawan 2021 membantu rakyat dan tidak perlu dibantah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan intipati menyentuh isu seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium mendorong pihakya menyokong belanjawan dibentang pada 6 November lalu.

"Seminggu sebelumnya saya mengeluarkan kenyataan sekiranya tuntutan kita tidak dipenuhi, kita memilih untuk menolak keseluruhan Belanjawan 2021. Apa yang berlaku (Khamis lalu) ialah menteri kewangan membuat perubahan besar.

"Malah, pindaan dibuat membantu rakyat, mengapa kita harus tolak. Tetapi jika tidak dipenuhi, PAKATAN pilih untuk tolak," katanya menerusi wawancara dengan The Vibes semalam.

Pengerusi PAKATAN berkata perubahan tersebut seperti mana dicadangkan termasuk program pengeluaran i-Sinar KWSP dengan had pengeluaran dinaikkan kepada RM10,000.

Selain itu, katanya, ia termasuk moratorium automatik pembayaran balik pinjaman bagi mereka yang berada dalam kategori berpendapatan rendah (B40) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Khamis lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan beberapa pindaan dan pemberian tambahan hingga disokong PAKATAN serta diluluskan pada peringkat dasar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619