AGENDA

Belanjawan 2021: PAKATAN teliti peruntukan untuk Jasa, KKM

29 Nov 2020, 1:54 PM
Belanjawan 2021: PAKATAN teliti peruntukan untuk Jasa, KKM

SHAH ALAM, 29 NOV: Pakatan Harapan (PAKATAN) akan meneliti peruntukan RM85.5 juta dalam Belanjawan 2021 bagi mewujudkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Ketua pembangkang berkata dana yang besar itu lebih sesuai dibelanjakan untuk kebajikan rakyat dan diberi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani virus Covid-19.

"RM85.5 juta yang tidak diketahui untuk Jasa dan keperluan dana besar untuk KKM antara isu akan diteliti PAKATAN di peringkat jawatankuasa," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi wawancara dengan The Vibes semalam.

Beliau memaklumkan pihaknya tidak akan memberi laluan mudah pada peringkat tersebut yang dimulakan esok berbanding Khamis lalu selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan beberapa pemberian tambahan hingga diluluskan pada peringkat dasar.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021, PAKATAN membidas peruntukan besar untuk Jasa yang menjangkau lebih RM80 juta.

Sebelum ini, Jasa dibubarkan pada Mei 2018 oleh kerajaan PAKATAN selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619