ADN

Kerajaan Negeri cadang luaskan pemberian lesen niaga

29 Nov 2020, 8:06 AM
Kerajaan Negeri cadang luaskan pemberian lesen niaga

GOMBAK, 29 NOV: Kerajaan Negeri bercadang meluaskan pemberian lesen perniagaan kepada rakyat yang terjejas akibat Covid-19 pada tahun depan.

Dato' Menteri Besar berkata usaha menggalakkan masyarakat menceburi perniagaan secara dalam talian juga dilaksanakan bagi menjana pendapatan isi rumah.

"Kita menyediakan insiatif Data Internet Selangor bagi memudahkan rakyat berniaga dalam talian, ini hasrat kita untuk membantu ubah nasib rakyat.

"Belanjawan Selangor 2021 banyak memfokus usaha untuk mendepani cabaran memulihkan ekonomi yang terjejas susulan penularan wabak," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada Program Serahan Bantuan Kemasyarakatan DUN Sungai Tua semalam.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga merangka program bagi meningkatkan tahap kemahiran, latihan semula atau mempelajari kemahiran baharu bagi menyokong keupayaan sedia ada.

"Sekiranya hilang pekerjaan, kita kena bangkit mempelajari kemahiran baharu dan boleh cuba bekerja sektor lain atau cuba berniaga," katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata sektor perumahan antara perkara utama tahun depan, terutamanya menyediakan Rumah Idaman dan Rumah SelangorKu Harapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619