PBT

MPKj bekal set tong kitar semula untuk agensi, sekolah

29 Nov 2020, 8:02 AM
MPKj bekal set tong kitar semula untuk agensi, sekolah

SHAH ALAM, 29 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membekalkan sembilan set tong kitar semula kepada sembilan agensi dan sekolah terpilih pada 24 November lalu.

Yang Dipertuanya berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada agensi terlibat bagi pelaksanaan program Cabaran Perbandaran Rendah Karbon 2030 (LCC 2030 Challenge) dan pembangunan mampan.

“Kita mahu meningkatkan kesedaran masyarakat melalui penerapan amalan nilai hijau sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030,” kata Dato' Zul-kefli @ Zulkefli Khalid kepada SelangorKini.

Agensi dan sekolah terbabit ialah Jabatan Pengangkutan Jalan cawangan Bangi, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, PKNS Andaman Development Sdn Bhd (Evo Mall), Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Tiga, SK Jalan Empat, SK Jalan Enam di Bandar Baru Bangi serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga Bandar Baru Bangi.

Zul-kefli berkata MPKj dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat turut membekalkan kemudahan sama untuk lapan sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 19 November lalu.

Menurutnya, sekolah tersebut ialah SK Bandar Tasik Kesuma, SK Bandar Rinching, SK Semenyih, SK Bandar Teknologi Kajang, SMK Khir Johari, SMK Bandar Tasik Kesuma, SMK Bandar Rinching dan SMK Engku Husain.

“Program ini tidak melibatkan aktiviti berkumpulan dan upacara perasmian bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619