AGENSI

Jais benar 20 akad nikah sehari di pejabat agama sejak tengah November

29 Nov 2020, 5:35 AM
Jais benar 20 akad nikah sehari di pejabat agama sejak tengah November

SHAH ALAM, 29 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membenarkan 20 majlis akad nikah sehari di seluruh Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) sejak pertengahan November.

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata upacara tersebut perlu mendapat kebenaran ketua pendaftar nikah, cerai dan rujuk orang Islam Selangor.

"Upacara akad nikah diadakan dalam dua sesi iaitu 10 pada waktu pagi dan 10 pada waktu petang dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

"Bagaimanapun pihak pengantin tidak boleh memilih tarikh sebaliknya ditentukan oleh pejabat agama di daerah terlibat," katanya ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Pada 2 November, jabatan itu membenarkan hanya lima akad nikah dalam sehari pada Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 4 petang dengan tiga orang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan serta wali.

Kebenaran itu tertakluk kepada pasangan dalam Selangor dan pihak lelaki atau perempuan dari luar Selangor yang mendapat kebenaran rentas daerah atau negeri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619