AGENSI

Air Selangor serah bekalan makanan, bantu 100 penduduk miskin

28 Nov 2020, 5:56 AM
Air Selangor serah bekalan makanan, bantu 100 penduduk miskin

SHAH ALAM, 28 NOV: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) hari ini mengagihkan bekalan makanan kepada 100 penduduk kurang berkemampuan di Flat Taman Gasing Indah, Petaling Jaya.

Ketua komunikasi korporatnya berkata inisiatif ‘Box of Hope’ bertujuan membantu komuniti berpendapatan rendah yang kekurangan makanan asas sususulan pandemik Covid-19.

Elina Baseri berkata usaha yang dilancarkan pada 30 Jun lalu mendapat sokongan Yayasan Food Bank Malaysia dan berjaya membantu seramai 253 keluarga miskin.

"Sumbangan barang makanan boleh dibuat di lima lokasi ‘Box of Hope’ Village Grocer di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Air Selangor turut melancarkan platform baharu sumbangan melalui CIMB Bank Berhad (80-0798511-8) dengan menyertakan nota catatan bantuan inisiatif ‘Box of Hope’.

Elina berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membeli barangan makanan asas khusus kepada penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin dan kawasan luar bandar.

"Dengan pelancaran akaun bank ini, Air Selangor berharap lebih banyak individu dan organisasi yang akan bersama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan," katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619