AGENSI

LZS agih pek makanan kepada pelajar Politeknik Shah Alam

28 Nov 2020, 3:55 AM
LZS agih pek makanan kepada pelajar Politeknik Shah Alam

SHAH ALAM, 28 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam menyerahkan pek makanan kepada 556 pelajar Politeknik Shah Alam yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnafnya Abdul Basith Hamid berkata bantuan khas Covid-19 bernilai lebih RM50,000 bagi meringankan beban pelajar terutama dari keluarga berpendapatan rendah.

"Lebih 500 pelajar yang terkandas ini tidak dapat pulang ke rumah masing-masing atas pelbagai sebab dan mereka tinggal di asrama serta kawasan sekitar.

"Pendapatan keluarga mereka rendah, jadi mereka kekurangan bekalan. Justeru, LZS mengambil insiatif menyumbangkan pek makanan mentah dan pelajar ini akan masak sendiri," katanya dalam video yang disiarkan di Facebook LZS.

Abdul Basith turut meminta orang ramai melaksana tanggungjawab membayar zakat bagi membantu golongan memerlukan yang semakin bertambah di Selangor.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Shah Alam Dr Mohd Zahari Ismail berterima kasih kepada LZS atas kesudian mengagihkan bekalan makanan kepada pelajarnya.

"Kami sangat bersyukur kerana bantuan ini membolehkan pelajar menyara kehidupan untuk tempoh lebih sebulan di samping meneruskan pengajian kerana sekarang musim peperiksaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619