PBT

MDHS anjur seminar pengurusan tenaga, capai misi rendah karbon

27 Nov 2020, 2:35 AM
MDHS anjur seminar pengurusan tenaga, capai misi rendah karbon

SHAH ALAM, 27 NOV: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada Selasa menganjurkan Seminar Kesedaran Kepentingan Pengurusan Tenaga bagi mencapai misi bandar rendah karbon menjelang 2035.

Yang Dipertuanya Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata program anjuran Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia berlangsung secara dalam talian dan disertai 50 kakitangan.

“Seminar bertujuan menjadikan MDHS sebagai organisasi mengamalkan pengurusan tenaga lestari dengan langkah tepat melalui budaya berhemah, penyelenggaraan dan penggunaan peralatan cekap tenaga," katanya dalam kenyataan pada 24 November.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan itu antara yang tersenarai menyertai Projek Rintis My Relamp dalam pelaksanaan Cabaran Rendah Karbon 2030.

Mohd Azhar berkata projek tersebut membabitkan penukaran lampu biasa kepada cekap tenaga bagi mengurangkan intensiti pelepasan karbon seluruh negara.

"Ia selaras komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang 2030,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619