EXCO

Sungai Gong projek rintis teknologi nano rawat sungai tercemar

26 Nov 2020, 3:07 PM
Sungai Gong projek rintis teknologi nano rawat sungai tercemar

SHAH ALAM, 26 NOV: Sungai Gong dijadikan projek rintis penggunaan teknologi nano yang bertindak merawat sungai tercemar, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim berkata projek melalui Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) itu akan diluaskan ke Sungai Sembah dan Sungai Semenyih dalam usaha mengekang pencemaran sumber air.

"Kehebatan sistem ini adalah dapat mengekalkan habitat diatom (sel dalam air) walaupun air mengalir. Diatom ini berfungsi dalam proses fotosintesis untuk mengeluarkan oksigen.

"Proses (oksigen) ini yang akan aktif melawan pencemaran. Yang penting kita kena pastikan diatom ini dijaga dan tidak mati untuk kurangkan pencemaran," katanya ketika Taklimat Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air Sungai Selangor dan Sungai Semenyih Akibat Pencemaran hari ini.

Menurutnya, sistem hasil gabungan teknologi dari Amerika Syarikat dengan tempatan itu akan menghapuskan bau, minyak, gris, logam berat, pepejal terampai dan terlarut dalam pencemaran selain memastikan kelangsungan hidupan akuatik.

"Kajian dijalankan selama seminggu menunjukkan hasil apabila mengesan perubahan warna dan bau serta penurunan kadar pencemaran," katanya.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM200 juta bagi membendung masalah pencemaran air menerusi empat projek dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619