AGENSI

Wujud inisiatif khas bantu pengusaha bas sekolah

26 Nov 2020, 4:02 AM
Wujud inisiatif khas bantu pengusaha bas sekolah

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan persekutuan diminta mewujudkan inisiatif khas bagi membantu pengusaha bas sekolah yang hilang pendapatan susulan penularan Covid-19.

Wakil rakyat Sentosa berkata kebanyakan golongan itu bergantung sepenuhnya kepada sumber berkenaan dan terpaksa membayar ansuran bulanan kenderaan kepada syarikat kredit.

"Ada dalam kalangan mereka yang juga ibu tunggal meraih pendapatan dengan cara itu dan menanggung beban untuk membayar ansuran bulanan kenderaan.

"Sehubungan itu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu memikirkan cara atau mengarahkan syarikat kredit memberikan moratorium kepada peminjam,” kata Gunaraj George dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, beberapa siri perjumpaan bersama pengusaha bas sebelum ini berharap kerajaan menyediakan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619