AGENSI

Petugas kesihatan Pahang, Kedah bantu Selangor tangani Covid-19

25 Nov 2020, 9:41 AM
Petugas kesihatan Pahang, Kedah bantu Selangor tangani Covid-19

KLANG, 25 NOV: Selangor mendapat bantuan petugas kesihatan Pahang dan Kedah susulan peningkatan tinggi kes Covid-19 membabitkan daerah Klang.

Pegawai kesihatan Daerah Klang berkata selain itu kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta pejabat kesihatan daerah lain turut serta dalam usaha berkaitan.

"Disebabkan peningkatan kes, kita mendapat tambahan anggota bagi membantu petugas sedia ada untuk menangani penularan wabak iaitu termasuk dari Pejabat Kesihatan Daerah Rompin, Pahang dan Jabatan Kesihatan Kedah," kata Dr Masitah Mohamed kepada SelangorKini di Kilang F4 Top Glove Jalan Teratai di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Pengarah Urusan Top Glove, Dato’ Lee Kim Meow dan Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh.

Setakat semalam, seramai 4,036 orang disahkan positif Covid-19 bagi Kluster Teratai, majoriti pekerja Top Glove termasuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.

Sementara bagi Selangor pula merekodkan 1,623 kes baharu sehingga 24 November, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 12,578.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619