AGENSI

Tukar injap: 27 kawasan Kuala Langat, Sepang alami gangguan air

24 Nov 2020, 1:12 PM
Tukar injap: 27 kawasan Kuala Langat, Sepang alami gangguan air

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam ini sehingga 5.30 petang esok.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, ia berikutan kerja penggantian penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.

"Bekalan air mula disalurkan kepada pengguna setelah kerja tersebut selesai dilaksanakan pada 5.30 pagi esok dan bekalan dijangka hanya pulih sepenuhnya di kawasan terlibat pada jam 5.30 petang esok,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619