AGENDA

ADN Meru rayu Putrajaya henti operasi kilang Top Glove

23 Nov 2020, 3:11 PM
ADN Meru rayu Putrajaya henti operasi kilang Top Glove

SHAH ALAM, 23 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru meminta kerajaan persekutuan menghentikan sementara operasi kilang Top Glove susulan kes peningkatan ketara kes Covid-19.

Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata keselamatan penduduk sekitar paling utama buat masa kini berbanding keuntungan kilang sarung tangan itu.

"Memandangkan kes kluster Jalan Teratai di Meru semakin memburukkan keadaan dan amat membimbangkan semua warga Meru dan pekerja tempatan di Top Glove sendiri.

"Keselamatan penduduk Meru lebih utama sekarang daripada keuntungan kilang," katanya menerusi Facebook.

Pada 16 November, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di asrama pekerja kilang terbabit susulan pengesanan 215 kes positif Covid-19.

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 28 kilang Top Glove di Klang diarah ditutup secara berperingkat susulan 1,067 kes positif wabak dilaporkan di kawasan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619