AGENSI

Projek ‘Help-U’ ringankan beban pelajar terkandas akibat PKPB

22 Nov 2020, 3:14 AM
Projek ‘Help-U’ ringankan beban pelajar terkandas akibat PKPB
Projek ‘Help-U’ ringankan beban pelajar terkandas akibat PKPB

SHAH ALAM, 22 NOV: Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) menganjur projek 'Help-U' bagi meringankan perbelanjaan makanan pelajar yang terkandas di kampus akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Yayasan berkata fasa pertama projek bersama Selangor Youth Community (SAY) dilaksanakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) membabitkan 1,900 pelajar.

[caption id="attachment_450586" align="alignleft" width="500"] Bantuan sumbangan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah kepada pelajar universiti yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Foto ihsan Selangor Youth Community[/caption]

“Bantuan 'Help-U' terus disalurkan kepada Wakaf dan Zakat UPM (Wazan) serta Bank Makanan Siswa UiTM yang bertanggungjawab untuk menerima dan mengagihkan bantuan kepada pelajar buat masa kini.

“Sebanyak 1,500 barangan makanan pelbagai seperti mi segera, kopi dan aneka biskut diserahkan kepada dua pihak tersebut,” katanya dalam kenyataan.

YRMS berharap projek itu dapat mengurangkan beban pelajar selain meningkatkan kesedaran masyarakat agar menghulur bantuan antara satu sama lain.

“Ada sebilangan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman terutama di kawasan zon merah dan ada segelintir mereka terpaksa menetap di kampus untuk menggunakan perkhidmatan internet bagi menjalankan tugasan serta mengikuti kelas dalam talian.

“Tidak dinafikan pelajar yang tinggal di kampus memerlukan wang perbelanjaan tambahan untuk menampung makanan harian mereka,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619