AGENDA

Dr Noor Hisham jelaskan isu pekerja asing pakai gelang kuarantin

17 Nov 2020, 3:53 PM
Dr Noor Hisham jelaskan isu pekerja asing pakai gelang kuarantin

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Dua gambar menunjukkan pekerja warga asing masih berada di kawasan pembinaan dengan memakai gelang merah jambu yang tular baru-baru ini sebenarnya adalah pekerja yang melalui saringan pengawasan Covid-19 di tapak binaan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan individu terbabit diberikan gelang merah jambu bagi mengelakkan mereka daripada keluar dari tapak binaan.

"Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak binaan kerana ianya saringan pengawasan bukan saringan kontak rapat. Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.

Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari," katanya dalam catatan yang dimuat naik dalam akaun laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata seramai 264 daripada 273 orang yang disaring adalah melalui saringan pengawasan tapak binaan dan mereka berada di dalam kawasan pembinaan berkenaan.

Selain itu Dr Noor Hisham memberitahu pemaju terbabit juga dinasihatkan untuk melakukan kerja nyahkuman.

Katanya lagi, pada 13 Nov hingga 15 Nov lepas, pemaju berkenaan memberhentikan operasi sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperoleh pada 15 Nov.

"Release order (perintah pelepasan) dan pemotongan gelang merah jambu dilakukan pada 15 Nov 2020, jam 11am (pagi) di tapak bina berkenaan. Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak binaan, tetapi menetap di luar tapak binaan,” katanya.

Beliau memberitahu terdapat lapan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 terbabit yang masih menjalani tempoh kuarantin iaitu dari 7 Nov hingga 20 Nov, sementara kesemua pekerja lain yang dikesan negatif diberikan (perintah) pelepasan pada 15 Nov.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619