AGENSI

Pekawanis galak NGO hulur sumbangan, bantu taska tambahan

17 Nov 2020, 7:52 AM
Pekawanis galak NGO hulur sumbangan, bantu taska tambahan

SHAH ALAM, 17 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) mengalu-alukan bantuan dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu anak petugas barisan hadapan.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Masdiana Muhamad berkata langkah itu membolehkan keperluan anak-anak yang ditempatkan di sembilan taska tambahan mencukupi.

"Kita dalam perancangan untuk sumbangkan peralatan mainan. Jadi mana-mana yang ada mainan terpakai boleh disumbangkan ke taska tambahan.

"Selain mainan, apa sahaja sumbangan dari NGO amat digalakkan. Usaha ini dapat membantu semua pihak," katanya selepas melawat taska tambahan di Hospital Shah Alam serta bangunan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Oktober lalu, Kerajaan Selangor mengaktifkan semula sembilan taska tambahan sebagai tempat penjagaan anak-anak petugas barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Lokasi meliputi Hospital Sungai Buloh, Hospital Banting, Hospital Selayang, Hospital Kajang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619