AGENSI

Jakess raih tempat pertama anugerah pentadbiran cemerlang

16 Nov 2020, 9:52 AM
Jakess raih tempat pertama anugerah pentadbiran cemerlang

SHAH ALAM, 16 NOV: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) meraih tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) tahun ini.

Jakess turut mendapat kedudukan sama pada 2015 dan 2018.

"Alhamdulillah, tahniah Jakess atas kejayaan mengekalkan tempat pertama dalam APPC Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bagi tiga penilaian (2015, 2018 dan 2020).

"Tempat kedua diterima Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan tempat ketiga pula Lembaga Urus Air Selangor," katanya di Facebook.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Dato' Dr Mohd Na'im Mokhtar mengucapkan tahniah kepada Jakess atas kejayaan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619