AGENDA

GM Klang sedia platform galak orang ramai belanja dalam talian

16 Nov 2020, 8:18 AM
GM Klang sedia platform galak orang ramai belanja dalam talian

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Orang ramai kini berpeluang untuk mendapatkan produk dan promosi barangan dari para pemborong GM Klang dengan mengikuti program 'Live GM Klang' di platform digital rasmi mereka, tanpa perlu berkunjung ke pusat borong tersebut.

GM Klang dalam kenyataan hari ini memaklumkan berikutan situasi semasa yang tidak membenarkan rentas negeri dilakukan, program secara langsung itu akan membawa penonton menerokai kedai-kedai di GM Klang dan berkongsi promosi-promosi menarik yang ditawarkan.

"Situasi kini telah mendorong lebih banyak bidang perniagaan tertumpu secara dalam talian dan kini menjadi trend orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan dan seiring perkembangan ini, GM Klang mula memvariasikan mesej di platform digital rasmi kami.

"Melalui segmen ulasan produk ini yang bersiaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penonton boleh berinteraksi dengan selebriti-selebriti jemputan pada slot-slot terpilih," katanya.

Menurut kenyataan itu, platform media sosial ini bukan sahaja tertumpu kepada promosi perniagaan dan produk semata-mata, tetapi juga pelbagai video Tik Tok sebagai hiburan santai kepada pengikut-pengikut media sosial mereka.

"Selain itu, GM Klang juga memaparkan konsep 'unboxing' yang diketengahkan dalam segmen On X On GM Klang, dan para penonton pastinya akan lebih teruja untuk melihat barangan yang dibeli di GM Klang dan didemontrasikan dengan lebih terperinci," menurut GM Klang.

GM Klang juga menjalankan pelbagai kempen dan peraduan untuk para pengunjung dan menawarkan pelbagai hadiah menarik.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619