AGENSI

Air pasang besar di lima daerah terkawal, tiada kawasan terjejas

16 Nov 2020, 4:16 AM
Air pasang besar di lima daerah terkawal, tiada kawasan terjejas

SHAH ALAM, 16 NOV: Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini adalah terkawal dan tiada limpahan besar sehingga mengakibatkan banjir.

Pegawai operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBNS) berkata paras air laut paling tinggi direkodkan 5.6 meter (m) pada 6.25 pagi di Pelabuhan Klang namun tiada penempatan terjejas.

"Selain itu pemantauan benteng pesisir pantai di daerah Klang, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mendapati struktur penahan air masih kukuh serta selamat.

"Namun kita menasihatkan penduduk di kawasan berisiko mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa,” kata Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir kepada SelangorKini hari ini.

UPBNS mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan di lima daerah tersebut pada semalam dan hari ini.

Fenomena air laut pasang besar di persisiran pantai Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 m dijangka berlaku berlaku antara jam 5 pagi hingga 6 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619