AGENDA

Pemeteraian RCEP bantu ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

16 Nov 2020, 2:04 AM
Pemeteraian RCEP bantu ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar AS, disokong oleh berita mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang telah ditandatangani semalam.

Perjanjian RCEP itu dimeterai antara 15 negara yang mengambil bahagian. Negara yang turut serta termasuklah 10 negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Pada pukul 9.06 pagi, mata wang tempatan lebih tinggi pada 4.1150/1230 berbanding AS dolar daripada 4.1220/1260 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata pemeteraian RCEP akan berpihak kepada mata wang tempatan, seperti juga laporan mengenai vaksin Covid-19 yang akan mengurangkan peluang beberapa pasaran lain untuk mengalami senario menurun yang lebih buruk.

“Mata wang dolar AS sepatutnya lemah dan ini boleh membantu merangsangkan urus niaga ringgit,” kata beliau kepada Bernama.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit dibuka kebanyakannya rendah pagi ini.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0570/0643 daripada 3.0558/0608 ketika ditutup pada Jumaat dan lebih rendah berbanding pound Britain pada 5.4384/4494 daripada 5.4291/4360.

Mata wang tempatan lebih lemah berbanding yen kepada 3.9329/9417 daripada 3.9246/9288 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.8734/8845 daripada 4.8743/8802 sebelumnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619