AGENDA

Anwar: Pinda Belanjawan 2021, pertahan kebajikan rakyat

15 Nov 2020, 4:36 AM
Anwar: Pinda Belanjawan 2021, pertahan kebajikan rakyat

SHAH ALAM, 15 NOV: Ketua pembangkang mengulangi gesaan supaya Kerajaan Persekutuan meneliti semula Belanjawan 2021 dengan membuat pindaan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang hanya mendukung belanjawan itu sekiranya ia fokus memerangi Covid-19.

Katanya beliau tetap mempertahankan isu emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan.

"Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat," kata presiden KEADILAN dalam kenyataan media.

Beliau berkata sebelum ini menteri kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan maka ia tidak dapat membayar komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan memberikan kesan terhadap petugas barisan hadapan.

"Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti ahli parlimen," kata Anwar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619