AGENSI

Pekawanis serah lebih RM30,000 bantu Syria Care

15 Nov 2020, 3:00 AM
Pekawanis serah lebih RM30,000 bantu Syria Care

SHAH ALAM, 15 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menyerahkan RM30,360 kepada Syria Care pada 10 November lalu.

Pekawanis dalam kenyataan memaklumkan pertubuhan itu turut mewakafkan empat buah rumah di Kampung Malaysia Syria Care, Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria di Al Bardaqli, Atma, utara Syria.

"Dua daripada rumah itu adalah hasil usaha Yang Amat Mulia Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj," katanya dalam kenyataan di Facebook Pekawanis.

Serahan dilakukan Yang DiPertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhammad kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki di kediaman Menteri Besar Selangor.

Difahamkan setakat ini 292 unit rumah bagi projek itu diwakafkan orang ramai.

Pada masa sama, Syria Care juga sedang mengumpul dana untuk menyiapkan Souq Barakah, sebuah premis perniagaan yang menjual pelbagai barangan keperluan harian seperti bahan dapur, buah-buahan dan daging mentah.

Orang ramai yang ingin membuat wakaf tunai Souq Barakah dibuka serendah RM30 dan boleh layari https://www.syriacare.org.my/shop/wakaf-tunai-souq-barakah/ untuk maklumat lanjut.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619