AGENDA

Covid-19: Empat kluster baharu dikesan, dua lagi tamat

14 Nov 2020, 12:33 PM
Covid-19: Empat kluster baharu dikesan, dua lagi tamat

SHAH ALAM, 14 NOV: Empat kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini melibatkan Sabah, Pulau Pinang dan Kedah, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Istimewa di Sandakan, Sabah melaporkan 16 kes positif termasuk 10 kes baharu hari ini dengan kes indeks ke-22,026 dikenal pasti hasil saringan kemasukan wad pada 20 Oktober.

"Hasil saringan kontak rapat itu telah mengesan 15 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes ini dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kluster Alila di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan kes indeks ke-23,498 yang dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober.

Katanya saringan kontak rapat itu juga turut mengesan 22 lagi didapati positif Covid-19 dan masing-masing dimasukkan ke PKRC Hospital Queen Elizabeth.

"Kluster Assumption melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang serta daerah Kulim di Kedah dengan kes indeks ke-42,773 didapati positif Covid-19 hasil saringan kendiri pada 11 November lalu.

"Saringan kontak rapat ini telah mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif dan kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang," katanya.

Dr Noor Hisham berkata kluster Rajawali pula dikesan di daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang melibatkan kes indeks ke-39,181 yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan kendiri pada 6 November dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan dua kluster tamat hari ini iaitu kluster Bah Lunas di daerah Baling dan Kulim, Kedah dan Bah Bemban melibatkan daerah Dungun, Terengganu dan Kota Kinabalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619