AGENDA

KKM: 65 kluster aktif Covid-19 berkait dengan tempat kerja

13 Nov 2020, 1:56 PM
KKM: 65 kluster aktif Covid-19 berkait dengan tempat kerja

SHAH ALAM, 13 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 65 daripada 158 kluster aktif Covid-19 di negara ini adalah berkaitan dengan tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan hari ini.

"Sebanyak 5,681 kes positif berkaitan kluster tempat kerja melibatkan 3,369 (59.3 peratus) warganegara dan 2,312 (40.7 peratus) bukan warganegara.

"Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan Covid-19 terhadap pekerja mereka," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata pekerja digesa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak di tempat kerja.

Katanya majikan dan pekerja perlu memastikan kebersihan persekitaran tempat kerja termasuk tandas, dapur dan pantri.

"Majikan juga diingatkan memastikan pekerja mereka mematuhi segala SOP termasuk menjaga kebersihan di kawasan penginapan dan tempat tinggal kerana didapati risiko penularan tinggi bagi kawasan penginapan yang sesak dan sempit," katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619