AGENDA

Skuad Red Giants diminta kekal stamina, terus bersemangat

13 Nov 2020, 8:15 AM
Skuad Red Giants diminta kekal stamina, terus bersemangat

SHAH ALAM, 13 NOV: Pemain skuad Red Giants diminta mengekalkan stamina serta terus bersemangat walaupun saingan Piala Malaysia musim ini dibatalkan.

EXCO sukan berkata pihaknya memahami kekecewaan dalam kalangan pemain namun keputusan tersebut demi keselamatan semua pihak.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah tentu mengambil semua pertimbangan sebelum membuat keputusan, jadi pihak terlibat perlu terbuka serta akur dengan arahan.

"Risiko pemain terdedah kepada wabak tetap tinggi walaupun perlawanan diadakan tanpa penonton apatah lagi kes harian masih tinggi," kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata pembatalan tersebut tidak akan memadamkan prestij Piala Malaysia sebagai pertandingan bola sepak tertua di Asia Tenggara.

Pada Rabu MKN menolak rayuan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk meneruskan baki Piala Malaysia yang memasuki peringkat suku akhir.

Saingan suku akhir dijadualkan berlangsung semalam dan hari ini, diikuti separuh akhir dan akhir masing-masing pada 17 dan 22 November.

Berdasarkan jadual Selangor bertemu Kedah, Pulau Pinang melawan UiTM FC, Johor Darul Takzim melawan Kuala Lumpur dan Terengganu FC melawan Perak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619