AGENSI

1,092 kawasan terjejas terima semula bekalan air

12 Nov 2020, 6:28 AM
1,092 kawasan terjejas terima semula bekalan air

SHAH ALAM, 12 NOV: Sejumlah 1,092 kawasan yang terjejas akibat henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) menerima bekalan sepenuhnya setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 187 lagi lokasi terjejas masih dalam proses pemulihan.

"Kuala Selangor dan Petaling merekodkan pemulihan bekalan air tertinggi iaitu 99 peratus, diikuti Kuala Lumpur (95 peratus), Hulu Selangor (91 peratus) dan Kuala Langat (80 peratus).

"Bagi Gombak jumlah pemulihan ialah 65 peratus dan Klang/Shah Alam sebanyak 60 peratus," kata agensi menerusi Facebook hari ini.

Air Selangor turut menasihatkan supaya orang ramai menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan bekalan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Status pemulihan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram serta laman sesawang http://www.airselangor.com.

Pada 10 November, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor sekali gus menjejaskan lebih 1.1 juta akaun pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619