AGENSI

Bekalan di 580 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor

11 Nov 2020, 2:37 PM
Bekalan di 580 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor

SHAH ALAM, 11 NOV: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 580 daripada 1,279 kawasan terjejas bekalan air tidak berjadual mula menerima bekalan pada jam 9 malam tadi.

Ketua pegawai komunikasinya berkata kawasan pulih sepenuhnya kini meningkat 45 peratus dan baki 699 kawasan di wilayah terjejas masih dalam proses pembaikan.

"Peratusan pemulihan setakat ini ialah Kuala Selangor 99 peratus, Gombak (48 peratus), Kuala Lumpur (35 peratus), Petaling (26 peratus), Klang/Shah Alam (14 peratus) serta Hulu Selangor dan Kuala Langat masing-masing sifar peratus," kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai proses pemulihan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619