SELANGOR

Suspek cemar Sungai Selangor direman seminggu - polis

11 Nov 2020, 3:54 AM
Suspek cemar Sungai Selangor direman seminggu - polis

SHAH ALAM, 11 NOV: Empat individu ditahan susulan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata perintah reman ke atas individu berusia 33 hingga 43 tahun termasuk seorang wanita itu berkuat kuasa hingga 17 November ini.

"Reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Selayang. Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan," kata Datuk Fadzil Ahmat hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan tangkapan suspek di tiga lokasi berasingan sekitar Gombak, Damansara dan Kelana Jaya antara tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

Siasatan awal mendapati suspek wanita berusia 40 tahun merupakan penama berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menyewa premis disyaki melakukan aktiviti membuang sisa kimia ke lubang kumbahan.

Semalam Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dihenti tugas hingga menyebabkan lebih 1.1 juta pemegang akaun di tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619