AGENSI

Air Selangor gerak 84 lori tangki ke premis kritikal

10 Nov 2020, 3:55 PM
Air Selangor gerak 84 lori tangki ke premis kritikal

SHAH ALAM, 10 NOV: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggerakkan 84 lori tangki air ke premis kritikal dan kawasan perumahan terjejas susulan gangguan bekalan air sejak 6 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat berkata pihaknya juga menyediakan 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi membolehkan pengguna mendapatkan bekalan air alternatif di kawasan masing-masing bermula 8 malam ini.

“Semua pengguna dinasihatkan mematuhi peraturan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika mengambil bekalan air daripada lori tangki dan pili awam yang disediakan," kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata sehingga jam 7 malam, tahap pencemaran bau di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang pada tahap empat TON (nombor bau nilai ambang).

Tambahnya, bacaan di muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 pula pada tahap tiga TON dengan keempat-empat loji belum boleh beroperasi buat masa ini.

“Henti tugas ini menyebabkan Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 2,857 juta liter sehari dan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada pengguna di 1,279 kawasan," katanya.

Air Selangor akan mengemas kini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di http://www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619