AGENDA

Giat usaha bantu penduduk luar bandar miliki rumah - EXCO

10 Nov 2020, 12:40 PM
Giat usaha bantu penduduk luar bandar miliki rumah - EXCO

SHAH ALAM, 10 NOV: Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menggiatkan usaha membantu penduduk luar bandar memiliki kediaman sendiri.

EXCO perumahan berkata antara yang dilaksanakan termasuk memaklumkan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) berhubung unit Rumah Selangorku yang belum terjual.

Rodziah Ismail berkata langkah itu membolehkan wakil rakyat memanjangkan maklumat tersebut kepada penduduk setempat seterusnya membolehkan mereka membeli rumah berkenaan.

"Antara usaha lain ialah mengadakan program penawaran Rumah Selangorku secara terbuka berdasarkan merit bagi mempercepatkan urusan pembelian rumah.

"Pada masa sama, promosi menerusi media cetak dan elektronik juga sedang digiatkan," katanya ketika menjawab soalan lisan ADN Sijangkang, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM20 juta bagi Program Skim Smart Sewa menggunakan dana Tabung Amanah Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera.

Insentif lain ialah pengenalan Smart Sewa to Ownership (2STAY) untuk membantu golongan B40 dan individu sukar mendapatkan pembiayaan untuk memiliki rumah pertama.

Program 2STAY itu membabitkan Rumah Selangorku diperoleh daripada unit kontra percuma di bawah Program Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619