PBT

MBSA sedia 275 tong RORO sempena Deepavali

10 Nov 2020, 2:07 AM
MBSA sedia 275 tong RORO sempena Deepavali
MBSA sedia 275 tong RORO sempena Deepavali

SHAH ALAM, 10 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 275 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal sempena sambutan Deepavali.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata tong bersaiz tiga tan berkenaan diletakkan berperingkat di sekitar Shah Alam iaitu di Seksyen 1 hingga 36 dan Seksyen U1 hingga U20 secara percuma bermula 2 hingga 22 November hadapan.

"Tujuan pelaksanaan perkhidmatan tong ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk melaksanakan aktiviti gotong royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing.

"Selain itu, penyediaannya juga bertujuan memberikan didikan kepada warga Shah Alam tentang pengurusan sampah pukal dengan cara yang betul," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berharap penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah berkaitan di dalam tong RORO disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar supaya berada dalam keadaan bersih.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1316.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619