AGENDA

Ditumbuk isteri antara 30 kes keganasan rumah tangga libat lelaki

9 Nov 2020, 9:51 AM
Ditumbuk isteri antara 30 kes keganasan rumah tangga libat lelaki

SHAH ALAM, 9 NOV: Sebanyak 30 kes lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga antara Januari sehingga September lalu.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata data itu diperoleh daripada statistik Unit Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

"Antara bentuk keganasan ialah ada antara mereka ditumbuk, malah ada juga dipukul dengan tali pinggang," kata Dr Siti Mariah Mahmud pada Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita 2020 di Dewan Annex hari ini.

Menjelaskan kebanyakan mangsa membuat laporan polis atau aduan kepada JKM, beliau menjelaskan isu keganasan rumah tangga berlaku apabila salah seorang dalam keluarga memiliki sifat dominan.

"Disebabkan itu ada kes isteri pukul suami," kata beliau.

Dr Mariah berkata peningkatan mendadak kes sedemikian di negeri ini berlaku sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga PKP Bersyarat (PKPB) berdasarkan data Organisasi Pertolongan Wanita (WAO).

"Sebanyak 4,872 panggilan diterima menerusi panggilan dan WhatsApp WAO dan talian 'Think I Need Aid'," katanya.

Selain lelaki, JKM melaporkan seramai 224 mangsa keganasan rumah tangga turut membabitkan wanita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619