AGENSI

Bina kolam takungan lembapkan tanah, elak hutan terbakar

9 Nov 2020, 8:39 AM
Bina kolam takungan lembapkan tanah, elak hutan terbakar

SHAH ALAM, 11 NOV: Telaga tiub dan kolam takungan air dibina di kawasan hutan simpan negeri ini untuk melembapkan tanah supaya tidak mudah terbakar.

EXCO alam sekitar berkata pembinaan infrastruktur itu melibatkan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Utara, Hutan Simpan Raja Musa Hulu Selangor serta Hutan Simpan Sungai Karang Kuala Selangor.

"Usaha mencegah kebakaran hutan hasil sumbangan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Mineral dan Geosains.

"Agensi berkaitan juga membantu mencuci dan menaik taraf kolam takungan dari semasa ke semasa selain membina menara tinjau, rumah pam, saliran paip, parit serta terusan penghadang," kata Hee Loy Sian.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Bukit Lanjan Elizabeth Wong berhubung kebakaran hutan simpan pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Loy Sian berkata seluas 269 hektar hutan simpan terbakar sejak 2018 berikutan pelbagai faktor antaranya cuaca panas, pengurusan hidrologi tidak cekap dan aktiviti pembersihan tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619