AGENDA

Anwar gesa batalkan dana Jasa, salurkan untuk rakyat

9 Nov 2020, 8:17 AM
Anwar gesa batalkan dana Jasa, salurkan untuk rakyat

SHAH ALAM, 9 NOV: Kerajaan digesa membatalkan peruntukan Belanjawan 2021 bagi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).

Ketua pembangkang berkata dalam situasi ekonomi mencabar ketika ini, tumpuan perlu diberikan kepada usaha menangani Covid-19 dan kebajikan rakyat.

"Saya sebenarnya simpati dengan menteri kewangan kerana dia bukan orang politik jadi dia letakkan sahaja. (Kerajaan) cakap simpati pada petugas hadapan tetapi teruskan juga propaganda kotor untuk kroni.

"Kalau jumlahnya kecil boleh kita luluskan tetapi dalam keadaan rakyat susah, tindakan ini zalim. Sebagai sahabat yang simpati, saya minta menteri kewangan batalkan sahajalah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2021 memperuntuk RM85.5 juta kepada Jasa, manakala RM8.6 juta untuk PeKT.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619