AGENDA

Duka mangsa banjir Hulu Langat terubat, terima kunjungan MB

8 Nov 2020, 12:55 AM
Duka mangsa banjir Hulu Langat terubat, terima kunjungan MB
Duka mangsa banjir Hulu Langat terubat, terima kunjungan MB
Duka mangsa banjir Hulu Langat terubat, terima kunjungan MB
Duka mangsa banjir Hulu Langat terubat, terima kunjungan MB

HULU LANGAT, 8 NOV: Kesedihan mangsa banjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Batu 16, di sini, sedikit terubat dengan kunjungan Dato’ Menteri Besar ke kampung itu semalam.

Seorang warga emas, Fatimah Ujang, 71, berkata dia terharu dan tidak menyangka apabila Dato’ Seri Amirudin Shari sudi meluangkan masa menziarahinya meskipun untuk tempoh yang singkat.

[caption id="attachment_449001" align="alignright" width="370"] Fatimah Ujang, 71[/caption]

“Alhamdulillah, makcik gembira kerana beliau datang sendiri jenguk kami yang ditimpa musibah teruk baru-baru ini. Makcik amat berbesar hati menerima kehadiran beliau.

“Pemimpin seperti ini yang kita mahu, sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat yang sedang susah. Terima kasih juga kerana beri makanan asas kepada kami sekeluarga,” katanya.

Nor Djazimah Abd Jalil, 68, pula mengakui sebak ketika dimaklumkan menerima sumbangan makanan asas daripada pemimpin nombor satu negeri itu.

[caption id="attachment_448962" align="alignleft" width="411"] Dato' Seri Amirudin Shari membantu mengangkat peralatan rumah yang di buang oleh mangsa banjir sempena program lawatan pasca banjir di Hulu Langat pada 7 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya tersinggung apabila Dato’ Menteri Besar datang, sekurang-kurangnya beliau ingat kepada kami. Apatah lagi warga emas seperti kami mudah tersinggung apabila ada pihak yang datang dan ambil perhatian.

“Jika diikutkan saya susah hendak keluar rumah ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan tetapi selepas dapat tahu Menteri Besar dan Edry Faizal (Ahli Dewan Negeri Dusun Tua) datang, saya nekad keluar juga,” katanya.

[caption id="attachment_448999" align="alignright" width="408"] Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada Noor Aini Bidin (dua dari kiri) sempena program lawatan pasca banjir di Hulu Langat pada 7 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, ibu tunggal, Noor Aini Bidin, 57, gembira dan teruja kerana dapat bersua muka dengan pemimpin tersebut di samping menghulurkan sendiri bantuan makanan seperti beras, mi segera dan minyak masak untuk kegunaan dia sekeluarga.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas kesudian mengunjungi kami sekeluarga di sini walaupun pada awalnya agak terkejut kerana beliau tiba ketika kami sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan rumah,” kata ibu kepada lima anak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619