AGENSI

MB: 600 permohonan bantuan bencana diterima setakat ini

7 Nov 2020, 2:10 PM
MB: 600 permohonan bantuan bencana diterima setakat ini

HULU LANGAT, 7 NOV: Kerajaan Negeri sudah menerima 600 permohonan bantuan bencana daripada mangsa banjir di Taman Sri Nanding di sini setakat ini.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan RM500 akan disampaikan kepada setiap mangsa selepas semakan dibuat.

“Di kampung ini sahaja kita edar kira-kira 1,000 borang bantuan dan difahamkan 600 sudah dikembalikan kepada wakil komuniti yang bertanggungjawab menguruskannya.

“Apabila siap (semakan) kita akan selaraskan penyampaian sumbangan tersebut secepat mungkin kepada penduduk yang terjejas,” kata Dato' Seri Amirudin Shari kepada media selepas program lawatan pasca banjir di Taman Sri Nanding hari ini.

Pada 4 November lalu, beliau berkata Kerajaan Negeri akan menyalurkan sumbangan dalam masa terdekat bagi meringankan beban sekali gus memastikan kebajikan mangsa terjaga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619