AGENDA

B40 dapat baucar RM50 beli produk perlindungan diri

6 Nov 2020, 9:51 AM
B40 dapat baucar RM50 beli produk perlindungan diri

SHAH ALAM, 6 NOV: Golongan berpendapatan rendah (B40) menerima baucar RM50 bagi memperluas perlindungan sosial melalui Program Baucar Perlindungan Tenang.

Menteri kewangan berkata baucar tersebut membolehkan golongan berkenaan membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

"Kerajaan juga melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi RM100 untuk tempoh lima tahun lagi," kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Persekutuan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619