EXCO

EXCO: Jakess terima 5,911 permohonan bubar perkahwinan

6 Nov 2020, 9:33 AM
EXCO: Jakess terima 5,911 permohonan bubar perkahwinan

SHAH ALAM, 6 NOV: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) menerima 5,911 permohonan pembubaran perkahwinan sejak Mei hingga 4 November lalu.

EXCO hal ehwal agama Islam berkata angka direkodkan dianggap tinggi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

"Oleh sebab itu, kita akan cuba untuk mengadakan beberapa program bagi menangani masalah ini," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Haniza Talha ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2021 pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata pihaknya akan memperhalusi cadangan supaya kos prosiding di mahkamah syariah tidak membebankan orang awam seperti mana mahkamah sivil.

"Saya akan bawa perkara ini kepada Jakess untuk diperbincangkan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619