AGENDA

Individu hilang kerja boleh keluar simpanan Akaun 1 KWSP

6 Nov 2020, 9:23 AM
Individu hilang kerja boleh keluar simpanan Akaun 1 KWSP

SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu bagi membantu individu yang hilang pekerjaan dan meringankan beban kewangan 600,000 ahli terjejas.

"Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari dan pengeluaran Akaun 1, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai ialah sehingga RM12,000.

"Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran akaun satu melibatkan RM4 bilion. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

KWSP memperkenalkan i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran RM500 sebulan selama 12 bulan yang memanfaatkan 4.7 juta individu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619