AGENDA

Tindakan tegas peniaga guna pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman

6 Nov 2020, 12:15 AM
Tindakan tegas peniaga guna pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman

SHAH ALAM, 6 NOV: Polis boleh menangkap dan mengenakan tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menggunakan pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu tidak wajar sama sekali kerana akan memberi kesan buruk kepada pelanggan.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan kes sebegini yang dianggap menipu kerana menggunakan bahan lain sebagai cecair pembasmi kuman.

"Bermacam kesan sampingan boleh berlaku kepada kesihatan orang ramai kalau (peniaga) guna pencuci lantai untuk cuci tangan, jadi polis perlu cari dan ambil tindakan," katanya pada sidang media semalam.

Beliau mengulas laporan seorang peniaga dikompaun RM1,000 selepas dikesan menggunakan pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman.

Tindakan peniaga itu berjaya dikesan pihak berkuasa dalam Op Pematuhan Tatacara Operasi Piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Jempol, Negeri Sembilan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619