AGENDA

MB: Lebih RM2 juta bantu mangsa bencana sepanjang tahun

5 Nov 2020, 4:47 AM
MB: Lebih RM2 juta bantu mangsa bencana sepanjang tahun
MB: Lebih RM2 juta bantu mangsa bencana sepanjang tahun

SHAH ALAM, 5 NOV: Sebanyak RM2.03 juta disalurkan kepada mangsa bencana seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata sumbangan tertinggi berjumlah RM1.68 juta membabitkan mangsa banjir Hulu Selangor, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Gombak, Sepang dan Hulu Langat.

Beliau berkata ia disusuli dana bencana ribut sebanyak RM230,107, banjir kilat (RM98,750), kebakaran (RM23,703) dan tanah runtuh (RM500).

[caption id="attachment_448605" align="alignright" width="500"] Dato' Seri Amirudin Shari ketika sesi soal jawab sempena persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 5 November 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kerajaan Negeri menerusi Unit Pengurusan Bencana turut mengambil beberapa langkah bagi memastikan bantuan kewangan disampaikan kepada mangsa dengan segera.

"Ia termasuk mengurangkan birokrasi permohonan iaitu mangsa hanya perlu membawa kad pengenalan, laporan polis dan laporan bergambar dengan pengesahan daripada penghulu atau ketua kampung," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua berkata permohonan dan penyerahan bantuan kepada mangsa mengambil masa tiga hari.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada skala bencana dan bilangan keluarga mangsa yang terlibat," kata beliau lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619