AGENDA

Tourism Selangor: Guna industri kreatif promosi destinasi pelancongan

4 Nov 2020, 4:49 AM
Tourism Selangor: Guna industri kreatif promosi destinasi pelancongan

SHAH ALAM, 4 NOV: Tourism Selangor bercadang menjalin kerjasama dengan pemain industri kreatif bagi mempromosikan destinasi pelancongan sebagai lokasi penggambaran.

Pengurus Besar Azrul Shah Mohamad berkata produk pelancongan negeri ini sering menjadi pilihan penerbit filem dan program televisyen kerana keunikan dipaparkan di kawasan tersebut.

"Beberapa produk pelancongan Selangor menjadi lokasi utama penggambaran seperti Batu Caves, Kuala Kubu Bharu, Sekinchan, Litar Antarabangsa Sepang, Masjid Biru Shah Alam dan banyak lagi.

"Kita percaya sektor perfileman dan penggambaran program televisyen salah satu kaedah terbaik dalam mempromosi lokasi pelancongan di Selangor," katanya ketika dihubungi.

Azrul Shah berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi menyediakan kemudahan penggambaran di kawasan terpilih.

Menurutnya, kerjasama melibatkan aspek bantuan logistik serta teknikal seperti pengisian aktiviti pelancongan setempat yang mampu memberi nilai tambah.

"Selain itu, kita akan mengadakan sesi perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan pertemuan melalui webinar bersama penggiat industri perfileman tempatan serta antarabangsa melalui kerjasama agensi pelancongan juga Tourism Malaysia mengikut pasaran di luar negara," katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.85 juta tahun depan bagi pembangunan dan merancakkan kembali pelancongan di Selangor yang terjejas susulan penularan Covid-19.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata potensi besar boleh dimanfaatkan daripada pelancongan kreatif dengan mengenal pasti lokasi yang menjanjikan peluang perfileman antarabangsa kepada penggiat seni.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619