AGENDA

Selangor selamatkan 104 projek terbengkalai sejak 2008

3 Nov 2020, 10:54 AM
Selangor selamatkan 104 projek terbengkalai sejak 2008

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri berjaya menyelamatkan 104 projek terbengkalai antara 2008 hingga Oktober tahun ini.

EXCO perumahan berkata ia meliputi 35,776 projek perumahan, komersial dan industri.

Rodziah Ismail memaklumkan beberapa langkah proaktif turut dilaksana bagi membantu pembeli.

"Langkah meliputi penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai bagi berbincang dengan semua pihak usaha memulihkan projek.

"Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula memantau pemulihan projek di peringkat PBT," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat menstruktur semula bayaran bulanan dengan bank.

Rodziah berkata agensi itu juga akan mencadangkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan hak pembeli terjamin.

"Tindakan perampasan tanah boleh dibuat jika wujud pelanggaran peruntukan mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 seperti kegagalan membayar cukai dan pelanggaran syarat menurut Seksyen 129 kanun yang sama," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619