EXCO

Bantu karyawan, Selangor bakal anjur persembahan seni secara maya

3 Nov 2020, 10:09 AM
Bantu karyawan, Selangor bakal anjur persembahan seni secara maya

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Selangor bakal menyusun persembahan seni tradisional secara maya bagi merancakkan semula industri yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

EXCO kebudayaan berkata seni muzik, tarian dan teater melalui platform itu semakin mendapat permintaan tinggi masyarakat selain diharap menambah pendapatan karyawan.

"Penularan wabak melumpuhkan aktiviti seni yang menyebabkan kumpulan ini hilang pendapatan kerana tidak dapat menganjur persembahan.

"Kerajaan Negeri berharap inisiatif mengikut norma baharu ini sedikit sebanyak membantu mereka yang terjejas menjana semula pendapatan," kata Borhan Aman Shah.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat berhubung usaha membantu industri seni yang terkesan berikutan Covid-19 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menganjurkan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking bagi menyokong perkembangan aktiviti seni peringkat akar umbi, selain tempat penghibur jalanan menonjolkan bakat dan kreativiti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619