AGENDA

MB hasrat perluas SELangkah jejak kontak tibi, denggi

3 Nov 2020, 6:03 AM
MB hasrat perluas SELangkah jejak kontak tibi, denggi

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri bercadang memperluas penggunaan aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) bagi mengesan lokasi wabak dan kontak pesakit tibi serta denggi.

Dato' Menteri Besar berkata sistem yang dibangunkan untuk menjejak kontak Covid-19 wajar ditambah baik bagi membantu Jabatan Kesihatan Negeri mencegah penyakit lain.

"Kes denggi dan tibi agak membimbangkan di Selangor, jadi kita boleh mempertimbang guna SELangkah bagi mengatasi penularan penyakit lain.

"Aplikasi ini terbukti banyak membantu kita mengesan kontak Covid-19, mungkin selepas ini kita boleh luaskan lagi penggunaannya," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi berhubung kos membangunkan SELangkah serta keberkesanannya membantu mencegah penularan Covid-19.

Aplikasi SELangkah diperkenal pada 4 Mei dilengkapi ciri peta dan semakan premis yang membolehkan pengguna mengetahui tarikh sanitasi bagi memastikan kunjungan mereka selamat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619