PBT

MDKS tawar diskaun RM20 kompaun letak kereta

3 Nov 2020, 1:29 AM
MDKS tawar diskaun RM20 kompaun letak kereta
MDKS tawar diskaun RM20 kompaun letak kereta

SHAH ALAM, 3 NOV: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan pengurangan RM20 bagi kompaun letak kereta kepada pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan denda.

Yang dipertua berkata kempen selama sebulan yang bermula kelmarin bertujuan memberi ruang kepada pesalah menjelaskan kompaun tertunggak sebelum pendakwaan di mahkamah.

"Orang ramai boleh menikmati kadar khas ini dengan membuat pembayaran atau semakan menerusi kaunter pandu lalu Ibu Pejabat MDKS atau melalui aplikasi telefon pintar Smart Selangor Parking dan Flexi Parking.

"Oleh itu, rebutlah peluang ini bagi menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan," kata Rahilah Rahmat dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pendakwaan di mahkamah bagi Orang Kena Kompaun (OKK) yang mempunyai kesalahan kompaun tegar yang dijangka bermula selepas kempen berakhir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619